+tIrIS PiSaN+

11 10 2009

Salam alaik!

Apa yang tiris..apa yang pisan.Dan apa kes saya dok ngomong-ngomong Sunda ni.

Tak ada kes ringan atau berat..Cuma saya harus membiasakan diri berbicara dalam bahasa Sunda yang merupakan bahasa pengantar masyarakat di sini.Bandung, Jawa Barat.Untuk pengetahuan siapa yang belum tahu.TIRIS boleh diertikan sebagai sejuk, dingin atau cold dalam bahasa omputihnya.Dan PISAN pula bermaksud sangat, amat atau bangat dalam bahasa Indonesianya..So, kalau digabungkan maksudnya SEJUK BANGAT.Kalau nak nampak lagi bombastik lagi, tambahkan perkataan Euiy kat belakang TIRIS PISAN tadi.

Apa yang tiris pisan ni.Act, kata-kata ni saya ciplak dari Dosen Pembimbing  Lapangan (DPL) Kegiatan Kuliah Nyata Masyarakat(KKNM)Integrasi yang akan dilaksanakan bermula 16 Oktober- 15 Disember 2009.KKN ni kalau ditafsirkan ke Malaysia lebih kurang macam program bakti sosial.Dan program ni ada jam kreditnya iaitu 1.Dan semua mahasiswa tahun ke-4 UNPAD diwajibkan mengikuti program ni.

Nak tak nak percaya, rupa-rupanya saya dah masuk 4th year dah.Dan nama saya ditakdirkan ke Kabupaten Bandung Barat, Kecamatan Cisarua , Desa SedangMekar.Terkejut betul saya pada mulanya.Yelah kan, mana pernah saya ambil tahu geografi dan kawasan-kawasan sekitar Bandung ni.Kalau tahu pun, ada lah sikit-sikit tempat  yang boleh dikatakan saya dan pernah pergi dan sampai.

Sesak punya sesak kepala memikirkan dimanakah terletaknya CISARUA ni, so saya minta tolong PAK CIK GOOGLE jelah.Dan resultnya amatlah mengejutkan saya pada mulanya.Mujur tak terkena HEART ATTACK je.Kalau tak, gol sudey barangkali.So kalau di PIC,nilah hasilnya:

Ni kalau tak silap saya, air terjun dekat Puncak yang dah pernah saya jejaki.Dan dari web pula katanya dekat-dekat nak ke SFARI.Kata saya, kalau gitulah kisahnya.Saya berkawan dengan binatang-binatang di SFARI la sebagai bakti saya.Tapi rupa-rupanya bukan jalan ke situ.Kata teman sekelas saya, nama CISARUA tu boleh jadi banyak tempat.

Banyak tak banyak, lokasi sebenarnya di mana.Dan saya bertanya pada kawan-kawan yang berasal dari Bandung.Jawapan mereka dah saya duga:

“Jauh bangat itu ADA?”.

“Iya, jauh.Tapi Jauhnya di mana?”.

“Jauh dari LEMBANG.”.

Dan saya terus terdiam.KAlau lembang nak ke TAngkuban Perahu tu dah ambil masa hampir 4 jam, berapa lama pula saya nak ke sana.Macammana saya nak ke sana?Berapa duit saya nak habiskan ke sana?Macam-macam spekulasi dalam fikiran.Tekaan dan spekulasi memang tepat sewaktu mendapatkan Pembekalan KKN semalam.

Kata DPL memang jauh dan ada 2,3 cara nak ke sana.Cara 1:menaiki keretapi dan kemudiannya menaiki ANGKOT dan cara 2:angkOT demi ANGKOT hinggalah sampai.Tapi tak ada gambaran pun saya nak ke sana macammana.Dan doa saya mudah-mudahan kawan segroup saya(INDONESIAN) yang lain ada kenderaan.Boleh la saya menumpang ke sana.Tapi hala tujunya belum juga pasti hinggalah ke  minggu depan.Mudah-mudahan, segalanya berjalan lancar hendaknya.

Tapi saya tertarik dengan promosi dari dosennya.Katanya tempat tu boleh tahan cantik dan sejuknya.Jadi, saya kena bersiap sedialah dengan sweater yang tebal.Kalau tidak, macam patung berjalan la jadinya.Saya tak tahan sejuk.Sedangkan Jatinangor yang kurang sejuk ni pun, dah pucat lesi.Inikan pula ke Tanah Tinggi.Jangan jadi macam insiden BROMO kelmarin udah la.

Orang lain:

pose sana sini

+Meriah dema berposing sana dan sini+

Apa kami dok buat?

tdo je

+Moh ikut kome bermimpi..hehe..pelakon tambahan lagi+

Akhir n3, marilah kita berbakti bersama-sama.Iklan ni tak dibayar ya.Hehe.Wallahu’alam.





+Officially CIk Da+

6 10 2009

Salam alaik.

Baru-baru ada berita gembira yang sampai pada saya.Alhamdulillah, syukur pada-Nya, ahli keluarga abah dah tambah lagi sorang.Bangun pagi sabtu baru-baru ni, saya menerima sms dari Ekok.Ringkas saja smsnya:

marha

+Ahlan, Nur Rauqah Marha binti Mohd Azrulfadzli+

Baby girl.Maka, Anah menang dah dalam perebutan nama Rauqah.Act, saya dah cop nama ni sejak zaman sekolah lagi.Biasa la remaja, kekononnya nak cop nama awal-awal, so takde la overlap name.Masa saya balik hari tu, tanya pada Anah siapa nama baby.Punya la terkejut bila nama Rauqah tu jadi pilihan.

Berdoa panjang saya mudah-mudahan baby yang keluar ni lelaki.Tapi kata kakak saya, tak ada nama lelaki yang dia sediakan.Sempat juga dia bergurau..Katanya:

“Kalau perempuan nama Marha, kalau lelaki nak bagi nama MArhaban”.

Tergelak besar saya dibuatnya.Seribu kali desperate, jangan la bagi nama Marhaban.Kesian dekat baby bila besar-besar nanti.Confirm tak mahu pergi kenduri yang ada marhaban.Segan punya pasal.Haha.Alhamdulillah yang keluar perempuan,Marha la jadinya.Tak payah nak bermarhaban bagai.

Masa raya aritu, Anah memang dah sarat betul.Tapi semnagat juga nak beraya.Rata merayap ke sana ke mari..Dan saya selaku mengikut yang setia puas pujuk baby keluar cepat-cepat.Waktu malam jumaat akak sakit tu, sayalah yang paling happy.Tapi belum sampai masanya nak keluar, pujuk macammana pun tak jalan.

2.10 juga dia nak jumpa family dia.Dan dengan ini, saya naik satu pangkat lagi.Dah jadi CIK DA akhirnya.Dan kata kakak, bibir juih macam saya.Ada juga kenan CIk Da dia ni.Bangga..bangga.Hehe





+SaLam AidilFitRi+

22 09 2009

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar..Walillahilhamd.

Raya datang lagi dan hampir dah 22 tahun saya meraikan Aidilfitri sepanjang menikmati nikmat hidup di dunia ini.Alhamdulillah,syukur padanya.Dan syukur juga kerana saya berkesempatan pulang ke tanah tumpah darah pada tahun ini.Selang setahun beraya di perantauan, saya kembali ke rumah.Raya tahun ini tetap di rantau,Kg Rantau Panjang.Version Malaysia punya.Hehe.

Raya dan saya.Tahun ini tak ada yang menarik untuk diceritakan.Sekadar berkongsi cerita di dapur dan menghangitkan kuali.Saya pulang ke Malaysia 17 September yang lalu.Balik ke Bandar Sunway terlebih dahulu, ke rumah kakak.Kami pulang berempat raya ni.Saya, Indonesia mari.Ekok,yang kebetulan sedang belajar di Maktab Teknik Cheras.Andak selaku tuan rumah dan Nana yang tengah praktikal di Holiday Inn Subang.

Tengahari Jumaat kami memulakan perjalanan.Excitednya nak raya.Al-maklum la, tahun lepas raya diiringi airmata walaupun saya tak menangis last year.My sisters memang semangat waja nak buat kuih raya tahun ni.Macam-macam jenis kuih raya KL Mari dibawa pulang ke Rantau Panjang.Rasa ok la.Boleh la tahan.

Seperti biasa kalau dah ramai2 ada dekat rumah, macam-macam planning ada.Nak masak nasi ayam, tomoto, beriani dan lain-lain.Lepas bincang2, Nana decide nak buat soto ayam pagi raya.Tapi malang menimpa, bagi raya Miss Chef not avilable.Nak tak nak, soto Indonesia mari juga yang dimasak atas dapur.Nak tak nak, kena juga merelakan diri jadi bidan terjun di dapur.Tak kisah la macammana rupanya soto tu, asalkan menjadi sudah!

Paling tak boleh lupa bila projek memasak rendang dan nais impit tergendala di malam raya.Semua memasak dalam mimpi.Bila dah pukul 2 pagi, ketua operasi mengamuk.Semua bingkas bangkit, takut makan lauk REDHA pagi raya.Terpisat-pisat semua bangun turun ke dapur.Kena berkorban tidur la alamatnya.

Kelentung..kelentang bunyi kuali dan periuk,akhirnya masak juga soto ayam.Habis masak biasa la, penat bermaharajalela.Tapi tak boleh nak melayan mata, ramai dah datang.Saya lari ke rumah Wan sekejap,hantar soto dan nasi impit.Lama juga melepak walaupun penaja dok bising ingatkan saya cepat balik.Memandangkan susah dah nak keluar rumah lepas tu, semua juadah yang ada saya makan.Puas hati.Dan rumah Wan la satu-satunya rumah yang saya beraya tahun ini.Dan baju-baju raya pun bergantungan la menunggu tuan dia hingga ke hari ini.

Azam saya hari ni, tak mahu menjejakkan kaki ke dapur.Nak bersuka ria dan beraya sakan.Petang nanti, baru balik ke rumah.Mudah-mudaham misi kali ini berjaya.Amin.