Salam Alaik
Gambarnya blur dan tuan punya gambar dah blank.Kosong, gelap dan tak tahu harus dimulakan dari mana.Bunyinya macam banyak benar kerjanya kan.Banyak memang banyak tapi kalau takde niat nak hilangkan segala tambunan kerja yang ada sampai sudah la tak selesai.So, saya senaraikan segala kerja yang ada untuk mengingatkan dan menghilangkan sedikit rasa blank dan blurr yang melanda:
URUSAN RASMI KERAJAAN URGANDA:
- Update database student:Yang ni dateline dia 18.10.09.Memandangkan saya exam last week, saya memohon tempoh untuk mengemaskini hal-hal berkenaan.Malang menimpa lagi bila adik-adik yang saya mohon kerjasama exam hinggalah sekarang.Nampak gayanya kena panjangkan lagi la masa.Sampai 18.1i pula kot.Huhu.
- Edit dan design buku Seiring Sejalan.Seiring Sejalan ni buku/majalah rasmi Kelab UMNO Bandung Indonesia.Dalam kepala ni, ada 2,3 draf design dia.Dan dateline dia next week.Nak tak nak kena juga melakarkan design berbagai rupa dan dikemukakan untuk dipilih.Mudah-mudahan, diterimalah idea saya yang tak berapa nak kreatif ni.Huhu.
- Surat-menyurat kepada orang-orang besar yang ada.Since ada program TSM Golf Charity yang akan berlangsung end of this month, saya ditugaskan menghantar surat jemputan kepada semua pengerusi kelab2 UMNO yang ada.Ada dalam 11 orang termasuk boss saya sendiri.Bukannya apa, pengerusi2 kelab ni ada yang jenis besar kepala.Dan saya berharap sangat mereka-mereka yang datang ni boleh la memberi kerjasama dengan baik.Kalau tidak, tunggu la CIK ADA tunjuk besar kepala juga.Haha.
- Surat izin kepada Fakultas Kedokteran UNPAD.Memandangkan peraturan ketat yang ada dan membuatkan muka student2 FK ni kelat belaka, surat ni kena hantar by Thursday.Memang menyeksa jiwa dan raga nak minta izin ni.Mana kan tidak, kedatangan 100% dikenakan kepada semua pelajar.Kalau tak datang, harus ada surat sakit dalam masa 24 jam.Kalau lambat sikit je,silakan ambil REMED di hujung tahun.Fuh, memang mengelatkan perasaan dengan rulle sebegini.Tapi apa boleh buat, ikut jelah!
- Design kad jempuatan kepada semua student.Memandangkan bilangan jemputan dah bertambah dari 300 ke 600 orang.Nak tak nak kena buat juga tambahan kartu jemputan ni.Kad ni kena siap by end of week.Saya nak buat yang simple-simple je.Just sebagai syarat untuk student mengikuti majlis.Kalau tak de, hilang la harapan nak dapat tiket free balik Msia.Fuh, mudah-mudahan saya la dapat tiket tu esok-esok.Amin.
URUSAN BELAJAR-MENGAJAR!
- LI case 1-Duodenal Ulcer.Saya dah jeling2 buku Harrison Internal Medicine.Ada sikit je info dia.Untuk melengkapkan keadaan yang tak berapa nak lengkap, kena la tambah-tambah info sket.Dah Alhamdulillah, walaupun xde buku gemok GUS yang menemani, ada teknologi di depan mata.E-book pun layan jelah.
- Urusan KKNM-Kami di divisi Kesihatan ditugaskan untuk memberi program penyuluhan.Bukan suluh-menyuluh rumah orang tapi beri information dan maklumat-maklumat kesihatan yang ada.Bahan-bahan ni saya dah ada tapi dalam bahasa Melayu untuk program PSB yang lalu.So, nak tak nak kena la translate bahan yang ada.
- Mencari dan survey berus gigi.Berus gigi ni untuk adik-adik kecil sewaktu demo kesihatan next 2 week.Ni pun kena gune pamplet juga.Fuh, mudah-mudahan saya rajin la cari maklumat kat tenet ni.
Sedar tak sedar,akhirnya saya sedar juga.Bukan senang nak jadi senang.Harus berjuang dan terus berusaha mengubah diri menjadi lebih baik.Dan sekarang, blurr ataupun blank, saya harus menentukan yang mana satu harus dilakukan terlebih dahulu.Erm pilih dipilih dan terpilih.Yang mana ya?Maybe LI la kot.Esok kelas at 7.Sabar dan sabarlah hati!
P/S:Alhamdulilah, saya baru dapat transcript nilai untuk 3 tahun saya bergelar medical student.Syukur dengan apa yang saya terima tadi.Alhamdulillah,syukur Ya Allah.

Recent Comments