+SaLam AidilFitRi+

22 09 2009

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar..Walillahilhamd.

Raya datang lagi dan hampir dah 22 tahun saya meraikan Aidilfitri sepanjang menikmati nikmat hidup di dunia ini.Alhamdulillah,syukur padanya.Dan syukur juga kerana saya berkesempatan pulang ke tanah tumpah darah pada tahun ini.Selang setahun beraya di perantauan, saya kembali ke rumah.Raya tahun ini tetap di rantau,Kg Rantau Panjang.Version Malaysia punya.Hehe.

Raya dan saya.Tahun ini tak ada yang menarik untuk diceritakan.Sekadar berkongsi cerita di dapur dan menghangitkan kuali.Saya pulang ke Malaysia 17 September yang lalu.Balik ke Bandar Sunway terlebih dahulu, ke rumah kakak.Kami pulang berempat raya ni.Saya, Indonesia mari.Ekok,yang kebetulan sedang belajar di Maktab Teknik Cheras.Andak selaku tuan rumah dan Nana yang tengah praktikal di Holiday Inn Subang.

Tengahari Jumaat kami memulakan perjalanan.Excitednya nak raya.Al-maklum la, tahun lepas raya diiringi airmata walaupun saya tak menangis last year.My sisters memang semangat waja nak buat kuih raya tahun ni.Macam-macam jenis kuih raya KL Mari dibawa pulang ke Rantau Panjang.Rasa ok la.Boleh la tahan.

Seperti biasa kalau dah ramai2 ada dekat rumah, macam-macam planning ada.Nak masak nasi ayam, tomoto, beriani dan lain-lain.Lepas bincang2, Nana decide nak buat soto ayam pagi raya.Tapi malang menimpa, bagi raya Miss Chef not avilable.Nak tak nak, soto Indonesia mari juga yang dimasak atas dapur.Nak tak nak, kena juga merelakan diri jadi bidan terjun di dapur.Tak kisah la macammana rupanya soto tu, asalkan menjadi sudah!

Paling tak boleh lupa bila projek memasak rendang dan nais impit tergendala di malam raya.Semua memasak dalam mimpi.Bila dah pukul 2 pagi, ketua operasi mengamuk.Semua bingkas bangkit, takut makan lauk REDHA pagi raya.Terpisat-pisat semua bangun turun ke dapur.Kena berkorban tidur la alamatnya.

Kelentung..kelentang bunyi kuali dan periuk,akhirnya masak juga soto ayam.Habis masak biasa la, penat bermaharajalela.Tapi tak boleh nak melayan mata, ramai dah datang.Saya lari ke rumah Wan sekejap,hantar soto dan nasi impit.Lama juga melepak walaupun penaja dok bising ingatkan saya cepat balik.Memandangkan susah dah nak keluar rumah lepas tu, semua juadah yang ada saya makan.Puas hati.Dan rumah Wan la satu-satunya rumah yang saya beraya tahun ini.Dan baju-baju raya pun bergantungan la menunggu tuan dia hingga ke hari ini.

Azam saya hari ni, tak mahu menjejakkan kaki ke dapur.Nak bersuka ria dan beraya sakan.Petang nanti, baru balik ke rumah.Mudah-mudaham misi kali ini berjaya.Amin.


Actions

Information

One response

26 09 2009
fariz

ceh…best la tuh..

Leave a comment