+SaLam AidilFitRi+

22 09 2009

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar..Walillahilhamd.

Raya datang lagi dan hampir dah 22 tahun saya meraikan Aidilfitri sepanjang menikmati nikmat hidup di dunia ini.Alhamdulillah,syukur padanya.Dan syukur juga kerana saya berkesempatan pulang ke tanah tumpah darah pada tahun ini.Selang setahun beraya di perantauan, saya kembali ke rumah.Raya tahun ini tetap di rantau,Kg Rantau Panjang.Version Malaysia punya.Hehe.

Raya dan saya.Tahun ini tak ada yang menarik untuk diceritakan.Sekadar berkongsi cerita di dapur dan menghangitkan kuali.Saya pulang ke Malaysia 17 September yang lalu.Balik ke Bandar Sunway terlebih dahulu, ke rumah kakak.Kami pulang berempat raya ni.Saya, Indonesia mari.Ekok,yang kebetulan sedang belajar di Maktab Teknik Cheras.Andak selaku tuan rumah dan Nana yang tengah praktikal di Holiday Inn Subang.

Tengahari Jumaat kami memulakan perjalanan.Excitednya nak raya.Al-maklum la, tahun lepas raya diiringi airmata walaupun saya tak menangis last year.My sisters memang semangat waja nak buat kuih raya tahun ni.Macam-macam jenis kuih raya KL Mari dibawa pulang ke Rantau Panjang.Rasa ok la.Boleh la tahan.

Seperti biasa kalau dah ramai2 ada dekat rumah, macam-macam planning ada.Nak masak nasi ayam, tomoto, beriani dan lain-lain.Lepas bincang2, Nana decide nak buat soto ayam pagi raya.Tapi malang menimpa, bagi raya Miss Chef not avilable.Nak tak nak, soto Indonesia mari juga yang dimasak atas dapur.Nak tak nak, kena juga merelakan diri jadi bidan terjun di dapur.Tak kisah la macammana rupanya soto tu, asalkan menjadi sudah!

Paling tak boleh lupa bila projek memasak rendang dan nais impit tergendala di malam raya.Semua memasak dalam mimpi.Bila dah pukul 2 pagi, ketua operasi mengamuk.Semua bingkas bangkit, takut makan lauk REDHA pagi raya.Terpisat-pisat semua bangun turun ke dapur.Kena berkorban tidur la alamatnya.

Kelentung..kelentang bunyi kuali dan periuk,akhirnya masak juga soto ayam.Habis masak biasa la, penat bermaharajalela.Tapi tak boleh nak melayan mata, ramai dah datang.Saya lari ke rumah Wan sekejap,hantar soto dan nasi impit.Lama juga melepak walaupun penaja dok bising ingatkan saya cepat balik.Memandangkan susah dah nak keluar rumah lepas tu, semua juadah yang ada saya makan.Puas hati.Dan rumah Wan la satu-satunya rumah yang saya beraya tahun ini.Dan baju-baju raya pun bergantungan la menunggu tuan dia hingga ke hari ini.

Azam saya hari ni, tak mahu menjejakkan kaki ke dapur.Nak bersuka ria dan beraya sakan.Petang nanti, baru balik ke rumah.Mudah-mudaham misi kali ini berjaya.Amin.





+1st time!!+

12 09 2009

Salam alaik.

Salam Ramadhan & Selamat menyambut Aidilfitri 1430Hijrah.Sedar tak sedar, dah 20++ hari kita puasa.Dah sampai ke 10 hati terakhir pun.Alhamdulillah, masih punya kesempatan menikmati hidup ini.Dah berzaman tak update blog, banyak masa tapi macam dah terlupa dekat blog kaler ijo ni!Hehe.

Arini,kita story-mory sikit pasal 1st time.Apa yang 1st time nya ya?Apa yang tersembunyi dari perkataan diatas>Hehe.

Tet.Sebenarnya cek nak kongsi la sikit pengalaman pertama kalinya merasai & menghadapi gempa bumi kat bumi Indonesia ni.Ceritanya adalah seperti berikut:

BASIC INFO:

Tarikh:2 September 2009.Masa ni petang dan saya tengah ada skills lab practicum.Masa ni tengah busy dan penat menunggu turn nak buat nasal packing dekat patung dalam skills lab tu.Al-maklum la, bulan puasa ni semangat nak balik rumah yang berkobar-kobar.Nak belajar ni kurang sket.Apa la nak jadi dengan bangsa Melayu yang makin layu ni ye?Hehe.

Dan saya antara orang terakhir dan mungkin terakhir yang akan praktis step by step tu la.Kalau tak silap, tinggal 3 orang je lagi yang belum buat skills lab tu.Orang-orang terakhir ni ada 2 keadaan dan nasib yang menunggu dia.Selalunya la

1.Kena hafal semua step dengan betul dan tepat.Kalau boleh, sebelum 10 minit kena habiskan semua step.

2.Buat cincai-cincai pun layan je kalau doktor malas.

Nasib saya macam mana ye?Memandangkan doktor yang tunjuk ajar tu person in charge that day, maka dah tentulah saya kena hafal semua step tu.Dalam busy menghafal tu, doktor tu muka dia panik semacam.Kita orang pun pandang pelik jelah dekat dia.Apa kes pula doktor ni?

Tak sempat nak bertanya.Tiba-tiba doktor tu tergesa-gesa angkat beg dia dan angkat kaki keluar dari ruangan tu.Kita orang yang tak perasan apa-apa ni ni tanya la kenapa.

Kata dia:”Kayaknya gempa deyh!”.Pastu die keluar terus.Tak teringat dah dekat kami ni.Mujur dia sedar gak yang dia kena dahulukan student, dia pun dok jerit.

“Kalian, keluar semuanya.”.

Doktor yang dekat luar tu pelik semacam je tengok kami.Bila bagitahu dia ada gempa, dia pun geleng kepala.Dengan tenang dia balas:

“Oh, gempa!”.

Agaknya dia tak sedar kot yang gempa tulah yang menyebabkan gegaran dekat bangunan tu.Kalau nak kata renovate, dah boleh tahan dah rupa bangunan tu.Bila sedar GEMPA tu GEMPA, dia terus angkat kaki.Dan hasilnya, dialah manusia paling awal sampai dekat luar bangunan tu.Dan saya—tempat ke 3 pun layan jelah.

Semua berlari-lari turun ek bawah.Muka panik semacam.Tapi happy juga, ada pengalaman nak cerita dekat anak-anak esok.Haha.Bila dah tenang sikit, barulah perasan yang saya sangatlah tangkas menyelamatkan diri.Punya panik, harta skills lab pun bawak keluar.Nka tahu apa?Here the thing:

Memang semangat nak belajar betul.Bila orang lain tengok, semua ketawa la.Aduhai, panik..panik..Mujur la masuk semula dalam kelas, kalau tidak jadi harta pusaka la  gamaknya speculum ni.And moral of story:bawak harta sendiri je,jangan bawa harta orang lain.Hehe.

Dan dikernakan gempa tu, maka saya tak perlu buat praktikum tu.Dorang matikan lampu semua.Balik rumah, maka berderet la status YM hamba Allah yang jakun dengan gempa.Saya masuk sekali la.Bila call mak, amboih happy kemain bercerita.Apa-apa pun, gempa-..gempa juga,harta jangan lupa.Saya melarikan diri dengan beg yang ada duit baru dikeluarkan dari ATM.Sayangi harta anda.Hehe.

Wallahu’alam.Wassalam