Salam alaik semua.Walaupun mungkin tak ramai & xde yang baca my blog tapi moga semua sihat sejahtera?
Blog bersawang dengan gembiranya selama sebulan lebih ni.Mana ntah tuan dia menghilang?Hilang tak jenguk blog langsung lak tu.Aiysh,parah betul kan.But today,i write back setelah sebulan lebih menghilang untuk exam.Exam yg pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dan tekad yang jitu.Alhamdulillah,syukur atas segalanya.

Terlalu banyak hal yang hendak dikongsikan dan diceritakan.Tapi kesibukan membuatkan saya lupa hal itu.Alhamdulillah,saya kembali.Erm,kalo tengok dekat gambar atas,ape kes berbaju sejuk di tengah hari yang tak sejuk??
Oho,so here the stories:
Satu rombongan dengan nama glamour ROMBONGAN CIK KIAH aka ROCKERS telah dijalankan sebelum menjelangnya judicium I hujung bulan jun yang lalu.Alamaks,skema sile ayat nih.Hehe,kite tukar tone sat na.

PLANNING:
Program jelajah ke Jawa Timur ni dah pun dirancang sejak last year.Zaman 2nd year lagi sebenarnya.Tapi asyik tertunda bila 2nd year dihiasi dengan cuti yang menguji keimanan.Maunya tak teruji kalau cuti rasa nak balik Msia je.Akhirnya tahun ni,berjaya juga kanak-kanak nih menjejakkan kaki ke sana.
Ahli rombongan dah ditetapkan 10 orang paling ramai.Kenapa 10 orang?Sebab 10 orang pun dah ramai,sesak kalo ramai lagi.Dan inilah ROCKERS yang menggamatkan suasana:ADA,ALIN,TAHER,MINAH,NAS,ELIS,NIS,SYIKIN,NANi & NADIAHZ.

Apa yang kanak-kanak ni buat ye?Doarng tengah melepak dengan gembiranya b4 naik train.Train kat belakang tulah kitaorang naik untuk ke Surabaya.Ni salah satu je transpotrt yg kitaorng gune.Nak list penuh,baca kat bawah.Hehe
TRANSPORT:
+nangor ke station:angkot Majalaya-Gede Bage kaler hijau merah.Harga 15k/orang.Tapi bapak tu ada hati lagi nak minta duit lebih walaupun dia dah menyesakkan nafas semua orang dikernakan tak tahu jalan kat bandung.Macammana dia boleh register jadi bapak angkot eh?
+Train:Turangga,Executive..Pergi balik =620k/orang.Train ni ssangat selesa n baru lagi kot.Dalam train dia provide buku tajuk RELL.Tapi apa yang tak best is kita dihidangkan dengan lagu Zaman Dolu yang tak tahu sape ntah penyanyinya.Dengan stail baju ala-ala kapet,sampai sekarang kami tak tahu kenapa mamat ni sebati dengan train yang cantik tu?Rosak dah suasana.Adeyh!

PROGRAM:
+Main UNO ni salah satu aktiviti menghilangkan boring terperap dalam train 14 jam.Memang kebas punggung nak sampai ke destinasi.Sabar jelah.Bangun,tidur dah banyak kali,Surabaya tak nampak bayang lagi.14 jam macam nak ke London naik flight.Kalau nak g sana,banyak-banyak la bersabar na.
Details,kita sambung next n3 na.Tata.Wassalam

Recent Comments