+GuIltY:AgAiN???+

20 05 2009

Salam alaik.

I’m feel guilty.Again n again.That feeling make my life stressful.Seriously,i need her forgiveness for my fault.I didn’t mean to break & loose our chain at all.It just the stressful me show my anger that might hurt her.And now,i regret and promise myself to not be like that again.Insyaallah.

Emosi tak betul,badan penat & fikiran tak tenang mungkin mempengaruhi saya bersikap demikian.Saya rasa emosi tak menentu.Mungkin juga kerana cuti panjang dari menunaikan solat salah satu perdisposing factor kearah itu.Ditambah pula rempah & rencah keresahan menyaksikan SEMI FINAL PIALA SUDIRMAN membuatkan saya nekad menekan butang merah.Butang merah yang membuatkan talian telefon terhenti,perbualan tergantung & saya sendiri merasa canggung.

Nak ditelefon,kredit sedikit.Nak di sms,jari malas.Ego menggunung tinggi,segan meraja di hati.Dan saya menyepi.Sepi dan terus sendiri kata Dian Sastrawadoyo dalam AADC.Dan saya sendiri dalam AADC(Adaibrahim And Disorentation Crisis).Kita Up sikit,bahasa Inggeris sikit.Tapi ini bukan drama.Ini lakonan kehidupan.

Saya bukanlah pengarahnya.Tapi mungkin rasa marah jadi pengarah terhebat hari itu.Ikatan yang sekian lama terikat kian longgar.Saya & Kakak jarang bergaduh.Insiden hari itu pun bukanlah pergaduhan.Sayalah yang paling rapat dengan kakak-kakak saya berbanding yang lain.Tambahan pula dengan Khairun Nasuha yang saya panggil dengan panggilan YA.

YA paling sayang pada  saya.Seingat saya,YA lah jadi pembela saya ketika kenakalan saya mengatas.YA jugalah yang menangis dan memujuk saya ketika saya bersedih.Ketika saya berdegil dengan planning sebagai seoarang hero & mastermind,YA jadi pengikut setia.Mungkin kebimbangan akan keselamatan saya membuatkan YA setia bersama si adik nakalnya ini.

YA juga kakak yang istimewa.Jarang sekali saya lihat YA marah dengan apa yang berlaku padanya.YA jarang merungut biarpun di hatinya ada seribu kekesalan,ada perasaan yang disembunyikan.YA sangat sabar saya kira.YA adalah kakak sayang yang penuh dengan kasih sayang.Mungkin kerana sifat semula jadinya yang pendiam membuatkan kami kadangkala terlepas pandang akan walang di hati dia.

Dan saya,memohon maaf pada YA akan kekasaran saya tempoh hari.Saya rindu pada YA.Saya mahu kuatkan kembali ikatan yang saya longgarkan kelmarin.Saya yang bersalah,saya yang harus memohon maaf.Saya mahu hilangkan ego yang bersarang di hati & berulam di rusuk ini.Moga sikap tenang YA akan tersemai dalam diri saya.Sikap tenang itu jugalah menyedarkan saya.Sedar akan kisah ini:

Suatu ketika, baginda bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu dengan banyaknya berperang, hanya sanya yang kuat itu orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”

.:Saya harus jadi orang kuat,saya harus mengawal rasa marah saya!Itu janji saya:.

Insyaallah


Actions

Information

2 responses

29 05 2009
wawa

Adaibrahim and disorientation Crisis?? hahahahah
dah ok ke dgn ya?
byok2 sabor ye ada

29 05 2009
adaibrahim

Dah ok dah ju!huhuhu..aku yg emos x pasal..nyesal tak sudah pastu!hoho

Leave a comment