.:zIkiR & fikiR:.

10 05 2009

Salam alaik.

Alunan zikir yang menghiasi berjalannya waktu.Sejenak membuatkan hati tersentak,minda tersingkap dan jiwa terubat.Sekali lagi,kesedaran menghiasi diri:”Aku kah hamba yang kian jauh dari-Mu.Tuhan,ampunkan aku!”.

2,3 hari kebelakangan ini saya kembali kepada rutin yang sekian lama ditinggalkan.Bukan niat kembali tak hadir tapi halangan demi halangan membuatkan saya kian jauh.Keseronakan dunia membuatkan saya lupa akan kalam agung yang hadir dari DIA YANG MAHA MENGETAHUI.Indahnya bait kata yang tiada tandingan.Puisi yang amat dramatis,tanpa sedar menghadirkan tangis.

Indahnya ayat-Mu Ya Rabb.Tak tertanding dengan karangan cipataan hamba.Allah,aku khilaf.Kerdilnya aku berbanding kekuasaan & kehebatan-Mu.

Maka tidaklah mereka memperhatikan unta,bagaimana diciptakan

Dan langit,bagaimana ditinggikan

Dan gunung-ganang,bagaimana ditegakkan

Dan bumi,bagaimana dihamparkan

(Al-Ghasyiyah:17-20)

Di akhir ayat itu,aku tersentak.AKU HANYALAH HAMBA!


Actions

Information

Leave a comment