.:bIaR bEtOl?:.

29 05 2009

Exam makin dekat!Semua orang macam dah tak betul.Stress makin menjadi-jadi.Adakah ini adat anak-anak yang bergelar pelajar bidang Kedokteran?Atau mungkin juga hal ini cuma melanda mahasiswa -mahasiswi FK UNPAD sahaja?Yang pasti,saya tengah tak betul sekarang ni?Oho,exam dah makin dekat.Rasa malas & penat kena diatasi tapi susahnya bukan main.Susah rasa nak mengorbankan waktu tidur yang rutinnya 6 jam,susah nak memulakan membaca SOCCA draf yang sesetengahnya berbelit-belit.Kerana kesusahan itu juga saya mengalah pada rutin yang seakannya tak menguntungkan sama sekali!

So,what we should do!

1.Kena betulkan niat.Niatkan belajar ikhlas kerana-Nya.Insyaallah.

2.Rajinkan diri.Baca doa,buka buku & start la menulis.

3.Jangan la dok layan tenet.Bab ni susah sket.Hoho.Tenet menemani sepanjang masa.Sian lak kalo tak bukak.N arini saya nak cuba,study tanpa layan tenet sama sekali.Adakah saya akan berjaya.Just wait n see!Betol ke ini saya?Oho!





.:pEliK:.

25 05 2009

Salam alaik.

Apa yang pelik?Siapa yang pelik?Kenapa dipandang pelik apa yang tak pelik?Dan hari ini,saya berbicara tentang PELIK.Sedangkan saya sendiri pelik dengan diri saya sendiri.Saya dilanda kepelikan dalam kata lainnya.Pelik dengan diri sendiri yang sudah boleh beradaptsi dan menerima perubahan yang sebelumnya saya rasakan mustahil untuk dilakukan.

Tapi Alhamdulillah,hari ini hari-3 saya membiasakan diri dengan perubahan itu.Morning walk di depan rumah setelah disarankan doktor.Padahal,sebelum ini saya lebih senang berlari-lari anak dalam mimpi tanpa menikmati indahnya suasana pagi di Jatinangor.Dan saranan doktor sudah 2 minggu lamanya saya biarkan sepi.Kurang senang mengisi waktu pagi dengan keluar rumah.Ditambah suasana dingin Jatinangor yang mencengkam.

Dan saya merasakan perubahan itu perlu.Saya merasakan perlunya saya mengisi waktu pagi dengan beriadah.Melatih kekuatan kaki yang sering dilanda cramp.Cramp yang kadangkala mengganggu malam dan pagi.Semakin hari semakin parah.Malas nak ke doktor dan melalui prosedur yang saya rasa remeh.Macammana la nak jadi doktor yang baik nanti ya?.

Erm,bercerita bab-bab berubah ni memang menyesakkan.Bila ada niat di hati nak berubah,berperang dengan hati sendiri.Nak berubah atau tidak.Takut bila orang mengatakan kita BUANG TABIAT.Tapi tak salah rasanya membuang tabiat buruk & mendidik diri kearah yang lebih baik.Jika tak berubah kini,sampai bila kita nak kekal dengan sifat yang lama dan sama.Kekal dengan rutin yang kadangkala merugikan.

Dan akhirnya saya mengakui,tak sukar melatih diri untuk berubah.Cuma perlukan resepi KEYAKINAN,rempah KEKUATAN DIRI dan KEMAHUAN hati.Dan saya berdoa,semoga segala perubahan baik ini berterusan selamanya.

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkkan hati,kekalkan hati kami kepada agama-MU dan ketaatan kepada-MU”.

P/s:Azam hari ini,habiskan membaca draf socca & mula belajar CVS..Mengubah kepelikan berjaga malam kepada rutin yang bermanfaat.Insyaallah





+GuIltY:AgAiN???+

20 05 2009

Salam alaik.

I’m feel guilty.Again n again.That feeling make my life stressful.Seriously,i need her forgiveness for my fault.I didn’t mean to break & loose our chain at all.It just the stressful me show my anger that might hurt her.And now,i regret and promise myself to not be like that again.Insyaallah.

Emosi tak betul,badan penat & fikiran tak tenang mungkin mempengaruhi saya bersikap demikian.Saya rasa emosi tak menentu.Mungkin juga kerana cuti panjang dari menunaikan solat salah satu perdisposing factor kearah itu.Ditambah pula rempah & rencah keresahan menyaksikan SEMI FINAL PIALA SUDIRMAN membuatkan saya nekad menekan butang merah.Butang merah yang membuatkan talian telefon terhenti,perbualan tergantung & saya sendiri merasa canggung.

Nak ditelefon,kredit sedikit.Nak di sms,jari malas.Ego menggunung tinggi,segan meraja di hati.Dan saya menyepi.Sepi dan terus sendiri kata Dian Sastrawadoyo dalam AADC.Dan saya sendiri dalam AADC(Adaibrahim And Disorentation Crisis).Kita Up sikit,bahasa Inggeris sikit.Tapi ini bukan drama.Ini lakonan kehidupan.

Saya bukanlah pengarahnya.Tapi mungkin rasa marah jadi pengarah terhebat hari itu.Ikatan yang sekian lama terikat kian longgar.Saya & Kakak jarang bergaduh.Insiden hari itu pun bukanlah pergaduhan.Sayalah yang paling rapat dengan kakak-kakak saya berbanding yang lain.Tambahan pula dengan Khairun Nasuha yang saya panggil dengan panggilan YA.

YA paling sayang pada  saya.Seingat saya,YA lah jadi pembela saya ketika kenakalan saya mengatas.YA jugalah yang menangis dan memujuk saya ketika saya bersedih.Ketika saya berdegil dengan planning sebagai seoarang hero & mastermind,YA jadi pengikut setia.Mungkin kebimbangan akan keselamatan saya membuatkan YA setia bersama si adik nakalnya ini.

YA juga kakak yang istimewa.Jarang sekali saya lihat YA marah dengan apa yang berlaku padanya.YA jarang merungut biarpun di hatinya ada seribu kekesalan,ada perasaan yang disembunyikan.YA sangat sabar saya kira.YA adalah kakak sayang yang penuh dengan kasih sayang.Mungkin kerana sifat semula jadinya yang pendiam membuatkan kami kadangkala terlepas pandang akan walang di hati dia.

Dan saya,memohon maaf pada YA akan kekasaran saya tempoh hari.Saya rindu pada YA.Saya mahu kuatkan kembali ikatan yang saya longgarkan kelmarin.Saya yang bersalah,saya yang harus memohon maaf.Saya mahu hilangkan ego yang bersarang di hati & berulam di rusuk ini.Moga sikap tenang YA akan tersemai dalam diri saya.Sikap tenang itu jugalah menyedarkan saya.Sedar akan kisah ini:

Suatu ketika, baginda bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu dengan banyaknya berperang, hanya sanya yang kuat itu orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”

.:Saya harus jadi orang kuat,saya harus mengawal rasa marah saya!Itu janji saya:.

Insyaallah