=hIlAnG tAk tUmbUh daH!=

1 03 2009

Pepatah Melayu ada mengatakan:Patah Tumbuh,Hilang Berganti .

Tapi peribahasa ni confirm tak sesuai nak dipakai & diaplikasikan sepanjang masa.

Sebab semalam seorang hamba Allah dah kehilangan gigi geraham bongsu nya.Memang tak akan berganti dah pasni.

Al-kisahnya begini:

Memandangkan dah 2 tahun lebih hamba Allah ni simpan impacted molar nih,maka sakit pun menjadi-jadi.Tambah sakit bila nama tak ada dalam senarai insurans.Ape ke peliknya keadaan bila yuran pengajian yang dah masuk medical expenses tu menghilangkan nama yg sikit punya CUN ni.

After discusion n tuntutan demi tuntutan,finally pihak tu mengaku yang kesilapan teknikal dari pihak mereka.Happy la coz boleh mengclaim duit insuran yang dah 3 tahun terperok tak digunakan.Jumaat aritu,kelas petang tak masuk dah.Dah stat sakit-sakit.N semalam,tarik X-Ray terus merayap ke Rumah Sakit Al-Islam.

Sakit rupanya nak cabut gigi nih.Zaman muda-muda dulu boleh dikira je berapa gigi yang dicabut dek doktor.Seingat saya tak pernah!Hehe.Cam biasa la kan,ade anemnesis dulu n kawan-kawan.Walaupun belajar medic sekarang nih,perasaan cuak tu tetap ada.Student medic pun manusia gak kan.

N lagi seram bila kita panggil ni orthodentektomi.Jumpa oral surgeon siap.Nama dia bombastik habis,padahal nak cabut sebatang gigi je.Just kena jumpa specialist dikernakan gigi ni malposition.Walaupun part of body yg nak di operate gusi ujung je tapi kena gak sterility.Layan jelah.

Then,masuk step operation.Waaaaa,seram habis.Siap kena tutup mata lagi.Then,dapat rasa doc suntik ubat bius.Sepanjang operation,mmg tak boleh tutup mata.Sakit gak walaupun dah dibius.Kata doc,dah ada inflammation.Mmeng tak pelik pun coz dah lama sangat berkira nak cabut gigi.Haha,mahal weh!=)

Tangan kuat-kuat cengkam kerusi,tahan sakit punya pasal.Ngilu dengar bunyi drill lagi.Aiysh,seram idup.Bila habis,mmg rasa cam best.Yelah kan.gigi yg dah berlubang tu dah ilang.Mean,tak payah nak sumbat dengan kapas lagi.Tapi penantian nak ambik ubat kat farmasi tu membuatkan saya sedar:

“Ubat bius tu dah ilang effect.Sakit rupanya kena cabut gigi”.

Dapat ubat,telan & susah sikit nak bercakap.Dan stat dari pukul 1 tengahari semalam,pergantungan kepada PAIN KILLER pun bermula.Apa nak dikata jang,redha & sabar akan ujian yang menimpa.=)


Actions

Information

Leave a comment