=SaYaNg,MaCaM nI kE?=

22 02 2009

Sayang!

Setiap orang ada pandangan dan gambaran masing-masing bila mengungkap perkataan saya.

Definisi yang berbeza tapi tanggapan yang sama dengan nilai kasih sayang!Dan hari ini,saya berbicara tentang sayang!

Kita bersemangat meneruskan hidup kerna kita punya nilai kasih sayang.

Kita beryukur akan hidayah dari Illahi kerna kita tahu Allah Maha Penyayang.

Kita mahu berbakti kepada mak & abah kerana wujudnya rasa sayang yang tak berbelah bahagi dari keduanya

Dan dimensi sayang & Kasih amat luas.

Sayang seorang ibu & ayah pada anak-anak kerna anak-anaklah yang mengisi hari-hari dengan keceriaan!

Sayang seorang suami kepada seorang isteri kerna itulah jodoh ditetapkan Tuhan!

Sayang seorang teman kerna dari situlah kita belajar erti persahabatan!

Sayang terikat antara ADAM & HAWA kerna sayang itulah fitrah dalam menggembara & mencari ERTI KEHIDUPAN!

Kadang-kadang,kerna terlalu sayang,tak terluah dengan kata-kata.

Tak terbukti dengan kata-kata.Tak tertafsir dengan sihatnya akal dan minda.

Dan harini,saya sedar:Saya sayang segalanya yang ada dalam hidup ini.

Semuanya kerana sayang!