->dIuJi<-

8 09 2008

UJI….DIUJI…TERUJI

bunga ni diuji gak ke??

Kita diuji,Saya diuji.Inilah kehidupan.Ujian menimpa berbagai bentuk dan rupa.Macam-macam penerimaan kita bila diuji:marah,sedih,kecewa dan redha.Redha,inilah penerimaan dan perasaan yang paling sukar kita bentuk dalam diri.Kita penuh dengan syak wasangka.Dan prasangka itulah yang membuatkan kita kadangkala tak sedar yang semua ujian adalah tanda cinta dari Pencipta.

Sedih dan kecewa memangkan datang saat kita merasakan ujian itu terlalu berat untuk kita terima.Menitis airmata memikirkan cara melepaskan diri dari ujian.Kita pujuk diri sendiri.Kita kata pada diri:

“Ujian ni mane la berat sangat.Orang lain lagi la.Yang kebuluran takde makanan tu lagi kesian.Yang cacat tu tak mampu nak menguruskan diri sendiri.Sedangkan uji baru kecik ni,aku dah nak sedih.Tak baik sedih-sedih.Ujian ni kan ade hikmah dia.Ya Allah,kuatkan ku mengadapi ujian-Mu ini”.

Terpujuk sikit hati.Tapi kita manusia.Terpujuk cuma seketika,pastu rasa sedih datang lagi.Kita cari jalan ubati hati yang luka.Macam-macam perkara kita buat.Nak hilangkan sedih punya pasal,seminggu berkabung.Duduk di dunia sendiri,tak ambik peduli hal sekeliling.Ade yang jenis enjoy sikit tu,setiap kali sedih dengar radio n lagu kuat-kuat.N bagi yang pencinta alam lak,cari ketenangan g tengok laut,panjat gunung n kawan-kawan.Ada yang berkesan  n ada yang tidak.

Pokoknya,kita kecewa dan sedih dengan ujian.Kita cari hikmah di sebalik setiap sesuatu yang datang.Kalau jumpa Alhamdullillah.Kalau tak jumpa,kita teruskan mencari.Kita kan hamba.Allah sayangkan kita sebab tu Allah mahu kita dekat kembali-Nya.Kenyaatan hidup kita:kita terlalu gembira dengan kehidupan sampai-sampai masa kita dengan Allah kita abaikan.

Allah ingat kita.Allah turunkan ujian pada kita.Bila ujian datang,kita akan sentiasa ingat dan mengadu pada-Nya.Kita kembali semula pada fitrah dan perjanjian kita dulu.Kita sedar semula hakikat yang kita kan hamba.Kita pupuk rasa redha dalam diri.Ujian itukan menguji sejauh mana keimanan.

Duhai hati,tabahlah menghadapi ujian ini.


Actions

Information

Leave a comment