Allah,rindunya!!!

Kangen bangat,bukan Kangen Virus atau Kangen Band(memang glamer kat sini.Rindu pada mak yang jauh di mata.Ditambah2 selepas ceramah anjuran IMAN bertemakan KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA,KASIH AYAH TIADA PENGHUJUNGNYA,sabtu baru2 ni.Teringat pada mak +abah yang dah banyak berkorban untuk saya.Betapa berat hati mak melepaskan saya jauh dari pandangan mata,kembara ke negara orang walaupun hanya lautan memisahkan kami untuk perjuangan ini.Sungguh,bukan saya x tau titipan kata kudusĀ dan pengharapan mak dan abah dalam munajat pada YANG ESA mendokan kebahagiaan saya.
Ya Allah,kusedar kasih mereka x bertepi.Teringat tangan kasar abah mencari rezeki buat kami.Sungguh,titis peluh abah,penat jerih mak membesarkan saya xkan terbalas biarpun dengan timbunan emas sekalipun.Kejayaan akan saya hadiahkan pada mereka,xkan sy biarkan titisan airmata duka itu menitik lagi.
Ya Allah,ampunilah dosa2ku,kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil.AMIN
*Sungguh,saya sangat rindu!!!”Jauh di mata,dekat di hati”.Terima kasih mak dan abah atas segalanya.



Recent Comments