~Khabar~

29 03 2012

Salam alaik….

Amat sangat lama saya tak menyampaikan khabar berita di blog ni….

Apa khabar anda semua?

Moga diberi kesehatan dan kesejahteraan dalam apa sahaja yang anda lakukan…

Saya baru habis exam…

Khabar kurang baik…

Saya belum lulus, belum competent jadi doktor…

Jadinya, sekarang sedang berusaha lebih dari sebelumnya…

Semangat sangat khabar baik…

Usaha, doa dan tawakal juga…

Moga ujian mendatang memberikan khabar yang baik juga…

Insya-ALLAH..

p/s:

1. Kepada yang belum maklum,saya dah pindah ke blog baru ya:

CUBA-TRY-TEST

2. Khabar badan saya kurang sihat hari ni…Moga ALLAH beri kekuatan untuk menghadapi segalanya…=)





.: Tahun Baru:.

1 01 2012

Salam alaik.

Selamat tahun Baru untuk semua..

Saya dekat sini masih saya yang lama, cuma azam agak baru.

Insya-ALLAH, tahun ni tahun last saya jadi student.

Tahun ni, impian terbesar adalah nak jadi doktor.

Impian lain-lain jadi yang terbaik dalam hidup.

Moga ALLAH Permudahkan semuanya.

Selamat tahun baru 2012

Wassalam





~Pindah~

7 11 2011

Selamat hari raya aidiladha buat semua.

Moga ibadah kita diterimanya. Pendek dan hanya sepatah kata di blog lama saya ni….Maaf tak ada n3…

Dan dengan segala dukacitanya, saya maklumkan saya akan meninggalkan blog ni. Insya-ALLAH, n3 lama yang penuh memori ni akan saya olah dan upload di rumah baru tak berapa baru saya di blogspot.

Moga segala perkongsian cerita, pengalaman dan ilmu selama ini bermanfaat buat semua. Harap anda semua sudilah berkunjung ke rumah baru saya diĀ CUBA~TRY~TEST.

Kepada yang linkkan blog saya ni, sudilah mengganti addressnya ya menjadi http://adaibrahim.blogspot.com. Insya-ALLAH, saya akan aktif menulis di sana. Akhir kata, maaf zahir & batin…Wassalam. (“,)





~RiNdU & KaNgeN kAmU~

7 11 2010

Salam alaik buat semua.

 

Ku rindu dia

Sesungguhnya saya amat rindu pada saat ini. Rindu pada dia, seorang sahabat yang jauh namun dekat dan terus melekat di hati saya. Dia yang telah pergi meninggalkan saya terlebih dahulu. Sungguh, saya rindu!

Masih terbayang-bayang wajahnya yang sentiasa ceria dan penuh gelak. Jarang sekali dia bermuram durja. Perkenalan kami selama hampir 5 tahun saya rasakan terlalu singkat sejak tiada lagi khabar darinya hampir 2 minggu yang lalu.Sepi dan tiada lagi khabar yang akan saya terima darinya selamanya.

Tiada lagi gurau senda yang akan kedengaran di telinga ini:

” Ada, kau teka apa makanan favorit aku?.”

Soalnya sambil tersenyum lebar . Tiada kata yang lahir dari bibir saya, hanya senyuman yang menguntum.

” Kalau kau buat roti canai lagi, silalah faham-faham n jemput aku datang makan.”

Ketawa kami meledak. Selepas itu, saya tak pernah lupa mengajaknya ke rumah setiap kali tangan ini mencanai roti. Seronok benar melihatnya berselera makan. Dan selepas dua minggu dia pergi, saya jadi tetamu di rumahnya kelmarin. Sebelum ke sana, saya sudah sematkan tekad dalam hati. Saya harus tabah dan ceria. Biarlah hati ini pilu dan terus rindu pada komennya yang bersahaja yang tak akan lagi kedengaran berserta gelak tawanya.

” Lemak giler nasi lemak kau, mengantuklah aku sekejap lagi.”

” Pedas mak aih sambal, ciritlah aku sat lagi!”.

Tuhan, sungguh aku rindu dia

Dan saya memanjatkan kesyukuran, saya berjaya melalui hari semalam tanpa setitis airmata pun mengalir. Dan sungguh, saya bahagia melihat teman serumahnya sudah mampu tersenyum dan bergelak ketawa seperti biasa. Senyuman itu tanda kami redha pemergian dia. Pemergian yang pastinya banyak memberi pengajaran pada kami yang masih diberi peluang bernafas dan menjalani kehidupan.

Perginya dia mengingatkan kami yang menyayangi dia akan erti kehidupan yang sementara. Perginya dia secara tiba-tiba memberi peringatan agar kami yang menyayanginya bersedia setiap saat dengan kematian. Dan perginya dia pastinya menyedarkan kami pesanan dari junjungan besar Nabi Muhammad saw penyakit yang sering melanda umat akhir zaman.

” CINTAKAN DUNIA & TAKUT MATI”.

Kerana ku tahu dia pergi kerana ALLAH lebih menyayanginya, ku titipkan doa buat sahabatku tersayang, Inani Zalikha binti Zainal Abidin.

Ya ALLAH, ampunilah Inani Zalikha binti Zainal Abidin, angkatlah derajatnya dlm kelompok orang-orang yg mendapat petunjuk berilah penggantinya sesudah kepergiannya menyusul org-orang yang telah berlalu,ampunilah kami&dia,wahai Tuhan alam semesta berikanlah dia kelapangan di dalam kuburnya&terangilah dia di dalam kuburnya

” Ya ALLAH ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.

“Wahai Tuhan Maha Penyayang, perkenankanlah permintaan ini. Amin, Ya Yabbal Alamin.”

P/S:

1.Sama-samalah kita doakan kesejahteraannya di alam sana & ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.

2. Buat sahabat tersayang, Tahirah, Aminah, Elis & Alin: aku bahagia saat kalian sudah mampu tersenyum

~Dari-NYA kita datang & kepada-NYA kita kembali~


 





~Ahlan Wa Sahlan Rejab~

13 06 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur pada Allah S.W.T atas nikmat kehidupan yang masih saya kecapi hingga ke hari ini. Syukur juga kerana berkesempatan melalui 1 Rejab yang bermula hari ini. Dalam tak sedar, dah lama saya tinggalkan blog pertama saya ni. Dibiarkan tanpa cerita, tanpa celoteh dan tanpa khabar. Menghilang dek kesibukan tugas sebagai pelajar tentunya.

Alhamdulillah, diberi sedikit kesempatan menulis hari ini.

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab pada semua. Kat bawah ni, sedikit perkongsia doa bulan Rejab untuk semua. Moga ada manfaat dan kebaikan untuk kita bersama. Insya-ALLAH

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan
Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, EngkaulahTuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku.

Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian(beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan.

Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.”

Ya ALLAH, perkenankanlah

—————————

Buat renungan bersama:

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulallah saw bersabda,” Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat pada hati dan amalanmu.” (HR Muslim).

Jom sucikan hati dan tingkatkan amalan.





Mak Sayang

9 05 2010

Buat mak tersayang yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati

Mak seorang yang cukup istimewa pada saya. Tak pernah ada rahsia antara saya dan mak. Dan kata mak, saya anak yang paling dia percayai di antara anak-anaknya. Buktinya, mak izinkan saya untuk belajar di sebarang laut biarpun sebelumnya mak melarang keras anaknya berjauhan. Tak terhingga ucapan terima kasih saya pada izin dan kepercayaan yang mak berikan. Dah Alhamdulillah, berkat izin mak, sekarang saya dah nak habis 4th year.

Masih saya ingat gurauan saya dengan mak. Saya juga anak paling manja dengan mak. Manakan tidak, saya dapat adik umur 8 tahun. Dah puas bermanja, saya minta adik pada mak. Kalau boleh, nak adik lelaki sebab risau beralih perhatian mak pada adik kalau dia perempuan. Nak jadi anak perempuan terakhir dalam keluarga kononnya.

Tapi sifat manja saya tetap tak hilang. Setiap kali saya balik bercuti dari asrama, hanya satu tempat wajib utk saya tidur. Saya akan berbaring di peha mak selepas Magrib. Mak mengeluh awalnya. Katanya kepala saya berat. Saya bergurau pada mak,

“kepala orang pandai memang la berat. Anak mak di genius tau”.

Mak hanya tersenyum. Dia biarkan saya berbaring di pehanya. Dan emak akan mengaji dan saya dengar bacaan Al-Quran mak. Allah, rindunya saya pada mak saat ini. Pada peha mak yang memang dikhaskan untuk saya.

Tapi sekarang, rutin tu saya lupakan. Bukan sengaja melupakannya, tapi hambatan dan kesibukan setiap kali saya balik ke Malaysia menuntut saya melupakannya. Allah, benar tanpa sedar saya membuatkan mak juga merindui anak manjanya.

Masih saya ingat kata-kata mak waktu saya pulang bulan Januari lalu. Saat saya sibuk dengan Proposal Minor Thesis, memang saya akui masa saya dihabiskan di depan laptop. Hingga saya mengabaikan sedikit hati mak yang amat merindui anaknya ini.

” Tak sedar dah habis seminggu ada cuti. Cuti tak lekat dekat rumah. Sedar-sedar, dah nak balik semua dekat sana.”

Kata-kata mak cukup perlahan. Emak tenang menuturkan kata. Sedangkan saya waktu tu dah diasak rasa bersalah. Ya, saya akui kepulangan saya sebenarnya untuk mengubat rindu pada semua ahli keluarga terutama mak. Tapi kerja-kerja dan kesibukan hilang membuatkan saya terlupa tujuan sebenar saya. Dalam rasa bersalah pada mak, saya pujuk dia.

” Insyaallah, habis graduate ni ada cuti lama. Masa tu ada duduk rumah je. Mak doakanlah ada dapat cuti lama ya”.

Emak tersenyum lagi. Besar harapan mak, besar juga harapan saya. Tapi berita yang saya terima baru-baru ni membuatkan saya tersentak. Nampak gayanya, janji tu terpaksa saya mungkiri. Manakan tidak, clinical year mungkin bermula bulan September habis raya. Allah, kalau saya pulang bulan 8, cuma sebentar saya di rumah. Tapi apa nak buat, saya hanya menurut perintah. Biarpun hati tak rela, mak dan saya harus menerima ketetapan pihak universiti ni dengan hati terbuka.

Saat nak exam ni lagilah rasa rindu menggunung. Setiap kali exam, mak akan minta jadual periksa saya. Mak akan buat solat hajat, bangun malam untuk anaknya ini. Allah, satu pengorbanan tak ternilai dari dia. Dan saya bersyukur kerana Allah kurniakan mak pada saya. Saya sayang mak sangat-sangat.

Bila saya mengeluh katakan pada mak, pening dengan rutin sebagai pelajar yang sentiasa sibuk, emak mengekek ketawa. Katanya, itu jalan yang saya pilih. Tidak boleh menoleh ke belakang dah menyesal. Harus tetap melangkah dan tegarkan hati. Ya, kerana motivasi dan kata semangat dari mak, saya tetapkan hati, kuatkan hati dan terus berjuang di sini.

Terlalu banyak pengorbanan mak pada saya. Dan belum terbalas jasa-jasa mak pada saya. Pengorbanan terbesar mak adalah melahirkan saya ke dunia. Lahir kaki dulu. Ya Allah, tak dapat saya bayangkan betapa susahnya mak berjuang memastikan buah hatinya ini dapat melihat dunia. Sedangkan belajar bab2 delivery pun saya dah seram, membayangkannya lagilah. Tapi mak laluinya untuk anaknya ini. Terima kasih mak atas segalanya.

Di hari ibu ni, saya nak minta maaf atas salah silap saya pada mak. Terima kasih sangat-sangat pada apa yang dah mak lakukan pada saya. Saya sayang mak sangat-sangat.

” Ya Allah, berkati dan rahmatilah makku sayang, Halimah binti Ismail. Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku dan kasihilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil”.

Terima kasih mak atas segalanya.





~aDaPt~

31 12 2009

Salam alaik.

Berzaman tak menulis kat blog ni.Labah-labah semua dah buat sarang.Penat, capek dan tak punya kesempatan untuk menulis.Busy memanjang.Dikejar kerja-kerja sampai hilang kaki rasanya.Baru nak rileks sekejap, ada kerja KUBI yang datang.Baru tarik nafas lega, KKN pula minta laporan.Tak termasuk life as student yang hecticnya tak usah nak cakap la.N the most important reason lama tak menulis coz laptop dah selamat kembali ke rahmatullah.Sob2..sob!

Dan sepanjang laptop rosak tu, saya jadi pelanggan setia kat WARNET(warung internet).Nak pula, masa ni hidup memag complicated benar.Macam-macam assignment ada dan boleh dikatakan semua kena guna laptop.Maka, saya pun mengemukakan surat rayuan dekat family kat Msia nak beli laptop baru.Dan hasilnya, inilah laptop comel lote yang dah hampir 2 minggu usia dia:

Syukur alhamdulillah.N terima kasih tak terhingga pada mak, abah, akak, abang dan semua ahli keluarga saya.Kalau tak kerana mereka, tak mampu la nak bersenang lenang di alam maya ni,Ceh, ayat!

Memandangkan laptop come-lote ni, memang kena bersabar la.Smeuanya kecik belaka.So, tak boleh ganas2 dah.Hehe.Adapt sikit demi sikit dengan apa yang ada.Laptop lama, masih di bilik.Nnati sikit buat pameran!Hehe.

Dan sekarang, saya kena adapt dengan hidup yang gundah ni.Mana tak gundah, macam-macam kerja datang.Mohon pada Allah swt agar memberikan kekuatan pada saya.Exam pun dah dekat n adapt ke tahun baru memang takde la.Sampai-sampai saya lupa esok tahun baru.Atoi.

Dan dikesempatan ini, juga, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua.Semoga tahun mendatang membawa kita kearah yang lebih baik.Insyaallah.N cerita psal tahun baru ni, insyaallah saya nak berpindah rumah.Blog baru kat blogspot.Kalau2 rajin,boleh la melawat rumah baru saya tu:http://adaibrahim.blogspot.com.

Adios.Wassalam








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.